UUM CAS Anjur Perjumpaan Bersama TNCA

UUM ONLINE: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rosna Awang Hashim menggesa kakitangan universiti ini supaya mengenal pasti peranan masing-masing di pusat pengajian serta menonjolkan diri kerana setiap orang bertanggungjawab di atas kejayaan universiti.

“Kakitangan harus melibatkan diri dan bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalankan institusi demi menghasilkan mutu kerja yang lebih baik.

“Sejajar dengan hala tuju UUM untuk menjadi Universiti Penyelidikan menjelang tahun 2013, bermula dari sekarang, kita seharusnya sudah melipat gandakan usaha untuk memperkenalkan UUM di mata dunia terutamanya dari segi kualiti program yang ditawarkan.

“Sebagai persediaan melakukan transformasi untuk memartabatkan universiti, kita perlu mengenal pasti cabaran dan kekangan yang ada supaya lebih bersiap sedia dengan apa sahaja kemungkinan pada masa hadapan,” ujar beliau ketika ditemui di  Perjumpaan Bersama Pengurusan College of Art and Sciences (UUM CAS) dan kakitangan akademik pada 30 November lalu di Pusat Konvensyen, UUM.

Beliau juga berharap agar kakitangan sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dalam setiap situasi yang berubah.  Perjumpaan tersebut merupakan kunjungan kedua beliau yang bertujuan untuk berkongsi idea serta menerangkan perancangan terbaru yang dijalankan bagi membangunkan Universiti.

Beliau juga melahirkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh kakitangan yang terlibat di dalam kerja kualiti dan pendokumentasian. 

Perjumpaan itu turut memberi peluang kepada kakitangan yang hadir untuk bertanya, menyuarakan pendapat mahupun berkongsi idea untuk membangunkan universiti

 

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest