Tahniah dan Selamat Bergraduasi Pelajar SMMTC!

     Last Updated: 2 December 2013      [download this article]

                           smmtcLogo   30TahunUUM  

                                                                                                  SmmtcGrads-Dec2013 
 
 
SMMTC ONLINE: Seramai lebih kurang 300 graduan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) yang menerima ijazah sarjana dan sarjana muda pada sesi pertama dan sesi keempat istiadat Konvokesyen ke-26 Universiti Utara Malaysia yang berlangsung pada 30 November hingga 3 Disember 2013.
 
Dekan SMMTC, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin mengucapkan tahniah kepada semua graduan SMMTC yang terdiri dari program Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian). Turut bergraduasi pada sesi keempat hari ini ialah Yusanani Yushak, Zehra Zambri, Sheila Abdul, Emelda Rosmila, Rozaidi Jamil (Zed Ziadi), Syamsul Hirdy (Diddy AF) serta beberapa lagi pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian).

Salah seorang pelajar Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) iaitu Yusanani Yushak telah menerima Anugerah Pelajaran Di Raja. Selain itu, tiga orang pelajar SMMTC iaitu Nur Ayuni Azizan, Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Neemit Klinthong Chon, Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) dan Nor Radhiah Borhan, Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) turut menerima Pingat Emas Naib Canselor.

Majlis penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Allahyarham Asisten Superitendan, Zulkifli Mamat yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah diterima oleh isterinya, Noraziah Nor, semalam.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua graduan.

Tamat.
 
=============================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest