Lawatan Delegasi UIAM Ke SMMTC

Last Updated: 03 December 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Lawatan Delegasi UIAM Ke SMMTC Tingkat Kerjasama Dua Hala 

LawatanDelegasiUIAM

SMMTC ONLINE: Seramai 13 orang termasuk pegawai pengurusan dan kakitangan sokongan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah membuat lawatan ke Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) baru-baru ini. Delegasi yang diketuai Dr. Muhd. Sadry Abu Seman mewakili Dekan Kuliyyah Komunikasi dan Teknologi Maklumat (KICT), UIAM antara lainnya membincangkan perihal penubuhan makmal komputer multimedia seperti mana yang ditubuhkan di SMMTC.

Selain itu, Kuliyyah tersebut juga sedang dalam proses mengembangkan program Teknologi Maklumat mereka dengan memberi penekanan kepada elemen multimedia kepada pelajar mereka. Turut hadir dalam sesi perkongsian maklumat ini ialah Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, Dekan SMMTC.

Pelbagai isu lain turut dibincangkan merangkumi cabaran dan masa depan program teknologi maklumat, kebolehpasaran pelajar-pelajar multimedia, kaedah pengambilan pelajar baru untuk program baru dan kerjasama dengan institusi luar untuk memantapkan program sedia ada.

Selain membuat lawatan ke SMMTC, mereka juga dibawa melawat sekitar UUM dengan dibantu oleh pihak Welcome Centre. Lawatan delegasi ini selesai dengan pertukaran cenderamata di antara pihak KICT dan SMMTC yang menyaksikan kedua-dua pihak amat berminat untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Tamat.

 ===============================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

 

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest