Majlis Hi-Tea Erat Hubungan UUM-Rakan Strategik Akademik

hiTEA

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 27 Mac - Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) College of Arts and Sciences (CAS) telah lama menjalinkan kerjasama dengan pemain industri kreatif dan peneraju media utama negara bagi membangunkan modal insan terutamanya pelajar.

SMMTC juga telah melantik Rakan Strategik Akademik pada tahun 2013 sebagai sebahagian kerjasama untuk membantu pembangunan program-program akademiknya.

Rakan Strategik Akademik yang dibangunkan ini menjadi platform pertukaran idea dan maklumat antara ahli akademik dan pengamal industri kreatif dan media dalam membangunkan universiti khususnya para pelajar dan kakitangan.

Justeru bagi mengeratkan lagi hubungan antara UUM dengan rakan strategik yang sedia terjalin selama ini, SMMTC telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Bersama Rakan Strategik Akademik bagi tujuan tersebut di Hotel Seri Pacific, petang semalam.

Majlis dihadiri tokoh-tokoh dalam industri kreatif antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya; Datuk Abdul Jalil Ali dari Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd; Datuk Ahmad A. Talib dari Yayasan Salam Malaysia; Datuk Jaspal S. Korotana dari Orangetree Production Sdn Bhd dan Habsah Hassan dari Music Authors’ Copyright Protection Berhad.

Sesi dialog bersama penggiat industri kreatif turut diadakan bagi membolehkan pihak pusat pengajian mendapatkan maklum balas dalam usaha mereka untuk mentransformasi kurikulum dan program yang ditawarkan UUM di peringkat sarjana muda dan sarjana agar menepati keperluan industri.

"Maklum balas daripada pihak pengamal industri ini adalah penting bagi pihak universiti untuk menghasilkan satu kurikulum yang releven dengan industri agar produk yang dihasilkan bukan sahaja boleh diserap untuk membantu industri tetapi turut menjadi aset kepada industri kreatif di Malaysia," ujar Naib Canselor, Prof Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam ucapan aluannya sebelum memulakan sesi dialog berkenaan.

Naib Canselor turut menyampaikan Surat Pelantikan Semula kepada Rakan Strategik Akademik UUM yang terlibat antaranya ialah Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Media Prima Berhad, Northern Corridor Promotions Sdn Bhd, Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Creative Content Industry Guild Malaysia.

Yang turut hadir Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin dan Dekan SMMTC, Dr. Rosli Mohammed.

Highlights of SMMTC (2011-2014)

Last Updated: 31 December 2014      [download this article

UKKLogo   30TahunUUM 

31 DECEMBER 2014 / 9 RABIULAWAL 1436H
===================================
"UUM: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
          
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

By: SMMTC

HIGHLIGHTS OF SMMTC (2011 – 2014)   

 highlightsOfSMMTC

UUM ONLINE: Since its establishment in 2011 where three fields were merged under the School of Multimedia Technology and Communication, SMMTC has strived hard to its fullest potential. Working hand-in-hand, academics and specialists in creative multimedia and media and communication pushed intensely to accomplish success, making sure the KPIs set forth are (for the most part) met.

Year after year, putting aside differences in fields while focusing on the mutual interests, improvements are successfully made. In 2011, a special grant of RM 1.1 million was received for a project on 3D Animation Skill, headed by Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, where 12 students were sent abroad to Netherlands, China, India and Indonesia for two months to complete their industrial training. The main highlight for 2012 was the offering of a new programme, inspired by YBhg Professor Dato’ Wira Vice Chancellor, Bachelor of Creative Industry Management (BCIM). Also, two best paper awards were received by Prof. Dr. Norshuhada Shiratudin and Prof. Dr. Che Su Mustaffa and their co-authors in two separate international conferences. In 2013, some of the highlights are Tan Sri Johan Jaaffar, the Chairman of Media Prima became the school Adjunct Professor, MoU with the renowned University of Philippine, Diliman was sealed, the launching of BCIM where 20 industry strategic partners lead by Finas and Media Prima were appointed and the award of “Anugerah Pelajaran DiRaja UUM 2013” to Yusanani Yushak (Bachelor in Communication).

The year 2014 has seen more achievements. It started with receiving a LRGS grant of the amount RM 1.2 million by Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin and her team. Other highlights are the conferment of Honorary Doctorate to YBhg Dato’ M.Nasir for his accomplishments in the creative industry and the award of again another “Anugerah Pelajaran DiRaja UUM 2014” to Nur Sauri Yahya (Bachelor in Multimedia), “Pingat Emas Canselor UUM 2014” to Hanis Salwani Othman (Bachelor in Multimedia) and “Anugerah Pelajar Sarjana Terbaik 2014” to Nuzatul Shima Sulaiman (MSc Managerial Comm).

Other achievements of SMMTC in 2014 are selection of students for one semester sponsored mobility programmes in top world rank university including NUS and exhibition competition abroad. A deal with Orange Tree Production for multiple national projects with staff and students, the infamous Suhaimi Sulaiman (TV3 and now with Astro Awani) agreed to become Adjunct Fellow for a new MSc in Multimedia Journalism Management programme, lecturers being certified professionally for Google Web Academy and iOs, organisations of ICON COMET and iCOME conferences, visit from Chuo University Japan, multiple awards won by 3 of SMMTC student clubs, activities with TV AlHijrah, Ujibakat Pembaca Berita TV3, Appreciation for Film Production Management with Habsah Hassan and Esma Daniel, and journalists associated with the Malaysia Press Institute getting their Masters degrees are also some of the major highlights.

Through out 2011-2014, SMMTC has acquired more than RM 4 million research and special project grants, published about 500 articles in journals, proceedings, monographs, books and magazines, and won more than 30 gold and silver innovation awards. Two of the recent gold awards for 2014 were received by Dr. Siti Mahfuzah Sarif and her team at MTE2014, and AP Abdul Nasir Zulkifli and his team at ITEX 2014. A best paper award for 2014 was obtained by Dr. Ariffin Ab Mutalib and Dr. Siti Mahfuzah Sarif and their PhD student, Nurulnadwan Aziz. In addition, Dr. Bahtiar Mohamad and his team have successfully published articles submitted to the iCOME 2014 conference in the Procedia of Social and Behavioral Science published by Elsevier. The organisation of KMICe 2014 conference in collaboration with the Sch of Computing has too won much acclaims, where the proceedings are indexed by ISI, WoS.

Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, the Dean, in her statement wishes to thank all the members of the school for their support and team work throughout her deanship. She emphasized that without the strong team work, especially from the school head of departments, coordinators, student club advisors, lecturers and support staff, the school would not have function well. She also stressed the school next challenge is the organisation of the Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF) in April 2015.

 ===============================

FROM:
CORPORATE COMMUNICATION UNIT

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL: 04-928 3048/3049/3052/3061
FAX: 04-928 3053
E-MAIL:
ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Lawatan Delegasi UIAM Ke SMMTC

Last Updated: 03 December 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Lawatan Delegasi UIAM Ke SMMTC Tingkat Kerjasama Dua Hala 

LawatanDelegasiUIAM

SMMTC ONLINE: Seramai 13 orang termasuk pegawai pengurusan dan kakitangan sokongan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah membuat lawatan ke Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) baru-baru ini. Delegasi yang diketuai Dr. Muhd. Sadry Abu Seman mewakili Dekan Kuliyyah Komunikasi dan Teknologi Maklumat (KICT), UIAM antara lainnya membincangkan perihal penubuhan makmal komputer multimedia seperti mana yang ditubuhkan di SMMTC.

Selain itu, Kuliyyah tersebut juga sedang dalam proses mengembangkan program Teknologi Maklumat mereka dengan memberi penekanan kepada elemen multimedia kepada pelajar mereka. Turut hadir dalam sesi perkongsian maklumat ini ialah Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, Dekan SMMTC.

Pelbagai isu lain turut dibincangkan merangkumi cabaran dan masa depan program teknologi maklumat, kebolehpasaran pelajar-pelajar multimedia, kaedah pengambilan pelajar baru untuk program baru dan kerjasama dengan institusi luar untuk memantapkan program sedia ada.

Selain membuat lawatan ke SMMTC, mereka juga dibawa melawat sekitar UUM dengan dibantu oleh pihak Welcome Centre. Lawatan delegasi ini selesai dengan pertukaran cenderamata di antara pihak KICT dan SMMTC yang menyaksikan kedua-dua pihak amat berminat untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Tamat.

 ===============================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

 

 

Graduan SMMTC Merangkul Pelbagai Anugerah Tertinggi Sempena Kovokesyen UUM Ke-27

Last Updated: 16 November 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Graduan SMMTC Merangkul Pelbagai Anugerah Tertinggi Sempena Kovokesyen UUM Ke-27 

GraduanSMMTC AnugerahTertinggi KonvoUUM Ke-27

SMMTC ONLINE: Seramai lebih kurang 248 graduan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) yang menerima doktor falsafah, sarjana dan ijazah sarjana muda pada sesi pertama, sesi ketiga dan sesi kelapan istiadat Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia yang berlangsung pada 8 hingga 12 November 2014.

 

Dekan, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, serta seluruh warga SMMTC, mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang terdiri dari program Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains (Pengurusan Media), Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan), Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian).

 

Turut bergraduasi pada sesi pertama ialah Dato’ Mohd Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai M. Nasir, penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif). 

 

Dua orang pelajar SMMTC dari program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) iaitu Nur Sauri Yahaya dan Hanis Salwani Othman, telah dikurniakan Anugerah Pelajaran DiRaja dan Anugerah Pingat Emas Canselor. Mereka merupakan pasangan suami isteri dan sedang menghitung hari kelahiran cahayamata pertama yang dijangka lahir pada Disember tahun ini. 

 

Anugerah Pingat Emas Naib Canselor dikurniakan kepada tiga pelajar SMMTC mewakili program masing-masing, iaitu Chew Kok Liang dari program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian), Low Hwee Yuen dari program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), dan Mohd Naufal Khairul Azhar dari program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian). Manakala Anugerah Buku Alumni Cemerlang pula dikurniakan kepada Chew Chee Yan dari program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian). 

 

Tambahan lagi, seramai 17 orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) telah dianugerahkan ijazah kelas pertama.

 

Sekian.

===============================

DARIPADA:

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010, SINTOK, KEDAH                  

TEL : 604 - 9285811

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest