AC4LV Bantu Pelajar Masalah Penglihatan Dalam Aktiviti Pembelajaran

Last Updated : 21 January 2016 [download this file]

smmtcDiscover2016

19 JANUARI 2016 / 09 RABIULAKHIR 1437H

AC4LV BANTU PELAJAR MASALAH PENGLIHATAN DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN

image004 

 

UUM ONLINE: Bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah penglihatan agar tidak ketinggalan dalam aktiviti pembelajaran mereka, penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ariffin Abdul Mutalib membangunkan bahan pembelajaran elektronik yang memfokuskan kepada aplikasi rekaan kandungan khusus untuk pelajar yang mempunyai masalah ini.

 

Produk yang dinamakan Assistive Courseware for Young Low Vision Learners (AC4LV) itu dibangunkan bersama dua lagi penyelidik iaitu Dr Nurulnadwan Aziz dan Dr Siti Mahfuzah Sarif bertujuan memenuhi keperluan golongan yang mempunyai masalah penglihatan terutamanya dalam aspek kandungan kerana rata-rata kajian bagi golongan yang mempunyai masalah penglihatan sama ada perkakasan (hardware) ataupun perisian (software) adalah dalam bentuk infrastruktur.

 

"Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan seringkali mengalami kesukaran dalam aktiviti pembelajaran kerana penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang sama dengan pelajar normal adalah agak mencabar bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini.

 

"Walaupun alat bantuan penglihatan mungkin dapat membantu mereka, tetapi ia memerlukan kemahiran teknikal untuk mengendalikannya. Selain itu, teknologi yang disediakan adalah dari aspek perkakasan dan perisian, sedangkan masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah dari segi kandungan," ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Dekan di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

 

Jelas beliau, pelajar yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan bahan pembelajaran yang khusus yang dapat memenuhi keperluan mereka dalam pembelajaran tanpa menghadapi kesukaran terutamanya dari segi capaian maklumat, mudah dinavigasi dan keseronokan.

 

"AC4LV dibangunkan berdasarkan set garis panduan khusus bagi pelajar yang mempunyai masalah penglihatan yang mana ia diformulakan melalui siri keterlibatan pengguna melalui pendekatan reka bentuk terpusat pengguna (User-centred Design).

 

Prinsip rekaan di dalam AC4LV dibina berdasarkan lapan elemen iaitu audio, gaya format dan teks, grafik, animasi, transisi, butang navigasi, susun atur antara muka dan interaksi umum dibangunkan berdasarkan hasil analisis perbandingan bagi memudahkan pembelajaran pelajar yang mempunyai masalah penglihatan. Contohnya dari segi audio, perlu menyediakan penjelasan auditori, menyediakan sebutan yang jelas dan tidak memasukkan muzik latar," katanya.

 

Menurut Dr. Ariffin, kajian untuk membangunkan AC4LV dijalankan secara berperingkat, melibatkan graduan sarjana dan doktor falsafah serta  proses sistematik dan saintifik yang sangat teliti dengan penglibatan pelajar-pelajar bermasalah penglihatan, sekolah di mana mereka belajar dan beberapa pihak lain termasuklah pembuat dasar.

 

"Penghasilan AC4LV memakan masa hampir dua tahun bermula dari penetapan keperluan sehingga ujian pengguna. Setiap fasa yang terdiri dari proses menetapkan keperluan, mereka bentuk, membangun, dan ujian pengguna melibatkan kerjasama dengan pihak sekolah, di mana para pelajar dan tenaga pelajar terlibat secara langsung."

 

"Proses-proses yang saintifik yang dibentangkan telah diiktiraf oleh UUM yang seterusnya menaja kajian ini melalui sebuah geran penyelidikan berimpak tinggi kategori penyelidik individu (Penyelidikan Individu Berimpak Tinggi - PIBT) berjumlah RM19,000," katanya.

 

Melalui pelbagai fasa tersebut, kajian mengenai AC4LV ini telah mencapai beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Perak di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2015), Anugerah Gangsa di Research Innovation Symposium & Exposition (RISE2015) dan Malaysia Technology Expo 2014 (MTE 2014).

 

Selain itu, salah satu konsep yang mendasari AC4LV juga telah menerima pengiktirafan Best Paper Award di 3rd International Conference on Interactive Digital Media (ICIDM 2014). Dapatan-dapatan berkaitan AC4LV juga diterbitkan dalam jurnal-jurnal antarabangsa termasuk yang berindeks scopus.

 

ukkadd 

 

Penghargaan kepada Pelajar Praktikum SMMTC

Last Updated : 21 January 2016 [download this file]

smmtcDiscover2016

19 JANUARI 2016 / 09 RABIULAKHIR 1437H

PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR PRAKTIKUM DI SMMTC

image004-min 

 

 

SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Siti Nur Ammarah Zulkifli, Nurul Atiqah Mohd Fawzi, Afiqah Harithuddin, Shahirah Aisyah Mohd Noor dan Farhatun Najwa Rusli. Kelima-lima mereka adalah pelajar dari Program Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Multimedia) yang telah menjalani latihan praktikal di SMMTC selama 6 bulan iaitu dari Julai 2015 hingga 10 Januari 2016.

 

Sepanjang menjalani latihan praktikal, mereka telah banyak membantu SMMTC dalam menyediakan pelbagai bahan multimedia dan ICT untuk program yang dianjurkan oleh pusat pengajian. Antara hasil yang dapat dilihat adalah pembangunan aplikasi mobile iaitu Al-Syifa dan SynD. Selain itu turut dibangunan adalah Kiosk AR@SMMTC, Sistem Tempahan Bilik dan Sistem Tempahan Peralatan yang akan memberi nafas baru kepada pentadbiran di SMMTC. Bagi merancakkan aktiviti pengkomersilan di SMMTC, mereka juga turut membangunkan Modul Interaktif Latihan Solat Khusyuk bersama Prof. Madya Dr. Azharuddin Sahil sepanjang di sini.

 

Dekan SMMTC, Dr. Norsiah Abdul Hamid mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga berjaya dalam karier masing-masing, selain meminta agar mereka terus berhubung dengan UUM melalui pusat pengajian dan Pusat Alumni.

 

Habis.

 

 

=============================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

KEDAH DARUL AMAN

TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803

FAKS :04 - 928 5804

E-MEL: mmtc@uum.edu.my

 

 

 

 

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMMTC 2015

Last Updated: 07 January 2016   [download this article]

smmtc logot 

30 DISEMBER 2015 / 18 RABIULAWAL 1437H

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMMTC 2015 HARGAI SUMBANGAN STAF

image004-min

  

SMMTC ONLINE:  Bagi menghargai jasa dan sumbangan staf sepanjang tahun ini, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMMTC 2015 pada 29 Disember. Anugerah yang dipertandingkan meliputi kategori penyelidikan, penerbitan, inovasi, 5S dan kesukarelawanan.

 

Penilaian anugerah ini adalah berdasarkan data yang diperoleh daripada sumber yang berautoriti iaitu Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) dan Strategic Planning Information System (SPIS) yang dikemaskini sehingga 28 Disember 2015.

 

Dekan SMMTC, Dr. Rosli bin Mohammed berkata, penerima anugerah perlu konsisten untuk menyumbang ke arah kecemerlangan pusat pengajian pada masa depan seterusnya menaikkan nama SMMTC. Anugerah ini juga diharapkan menjadi pembakar semangat kepada staf lain untuk terus berdaya saing dalam menempa kejayaan bukan setakat untuk diri sendiri, malah turut sama menyumbang kepada kecemerlangan SMMTC dan UUM.

 

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

BIL .

ANUGERAH PENYELIDIKAN

PENERIMA

1.                  

ANUGERAH PENYELIDIK

TERBAIK

(GERAN ANTARABANGSA)

DR. ARIFFIN ABDUL MUTALIB

2.                  

ANUGERAH PENYELIDIK

TERBAIK

(GERAN KEBANGSAAN)

DR. MOHD SOBHI ISHAK

3.                  

ANUGERAH PENYELIDIK

MUDA TERBAIK

DR. SYARIZAN DALIB

BIL .

ANUGERAH INOVASI

PENERIMA

4.                  

ANUGERAH INOVASI

TERBAIK

DR. ARIFFIN ABDUL MUTALIB

BIL .

ANUGERAH PENERBITAN

PENERIMA

5.                  

ANUGERAH PENERBITAN TERBAIK

(BUKU KARYA ASLI)

DR. ROSLI BIN MOHAMMED

6.                  

ANUGERAH PENERBITAN TERBAIK

(JURNAL BERINDEKS SCOPUS/ ISI/ ERA)

PROF. MADYA DR. HASSAN

ABU BAKAR

7.                  

ANUGERAH PENERBITAN TERBAIK

(PROSIDING BERINDEKS SCOPUS/ ISI/ ERA)

DR. SYAMSUL BAHRIN ZAIBON

8.                  

ANUGERAH PENERBITAN TERBAIK

(JURNAL BERWASIT)

DR. NORSIAH ABDUL HAMID

9.                  

ANUGERAH PENERBITAN

TERBANYAK

DR. JULIANA AIDA ABU BAKAR

10.              

ANUGERAH PENERBITAN TERBAIK

(SITASI KUMULATIF)

PROF. MADYA DR. HASSAN

ABU BAKAR

BIL .

ANUGERAH 5S

PENERIMA

11.              

ANUGERAH MEJA 5S

TERBAIK

MOHD AZRUL OTHMAN

12.              

ANUGERAH PERSON IN CHARGE

(PIC) 5S TERBAIK

MARDZIAH AHMAD

(PIC KORIDOR PEJABAT)

 

BIL .

ANUGERAH KESUKARELAWANAN TERPUJI

PENERIMA

13.              

 

SHARINA SAMSUDIN

14.              

NOR HAYATI MOHD. JALIL

15.              

NUREDAYU OMAR

16.              

AZAHAR KASIM

17.              

DATUK MIOR KAMARULBAID

MIOR SHAHID

18.              

YUSSALITA MD. YUSSOP

19.              

MOHD FITRI YUSOFF

20.              

SITI HAJAR ABDUL GHANI

21.              

MOHD AZRUL OTHMAN

Sekian, terima kasih.

Habis.

=============================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

KEDAH DARUL AMAN

TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803

FAKS :04 - 928 5804

E-MEL: mmtc@uum.edu.my

 

UNIVERSITAS 17 AGUSTUS 1945 (UNTAG) INGIN MENGADAKAN MOU DENGAN SMMTC

Last Updated: 09 January 2016   [download this article]

smmtc logot 

31 DISEMBER 2015 / 19 RABIULAWAL 1437H

UNIVERSITAS 17 AGUSTUS 1945 (UNTAG) INGIN MENGADAKAN MOU DENGAN SMMTC

image003-min

SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) berbesar hati menerima lawatan daripada Universitas 17 Agustus 1945 (UNTAG), Surabaya, Indonesia baru-baru ini.

Delegasi UNTAG yang diketuai Dekan Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP), Prof. Dr. H. Agus Sukristyanto turut diiringi Prof. Dr. Burhan Bungin dan Dr. Rupiarsieh.

Dekan SMMTC, Dr. Rosli bin Mohammed berkata kerjasama antarabangsa seperti ini sangat dialukan bagi memperkasa agenda universiti terutama dalam menjayakan agenda penyelidikan, penerbitan berimpak tinggi dan pembangunan pelajar.

Di akhir lawatan, delegasi UNTAG turut dibawa melawat sekitar SMMTC termasuk kemudahan makmal komputer, studio dan dewan seminar.

Sekian, terima kasih.

Habis.

=============================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

KEDAH DARUL AMAN

TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803

FAKS :04 - 928 5804

E-MEL: mmtc@uum.edu.my

 

Avoid Greenwash, Use Creativity To Convey Environmental Sustainability Messages Says Adjunct Professor

Last Updated: 08 December 2015   [download this article] 

smmtc logotuum30t

6 DECEMBER 2015 / 24 SAFAR 1437H

AVOID GREENWASH, USE CREATIVITY TO CONVEY ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY MESSAGES SAYS ADJUNCT PROFESSOR

ukkt-min

 

Environmental issues are central to everyday life but taken for granted by corporate businesses, said the Adjunct Professor of School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM), Professor Tan Sri Leo Moggie when delivering his lecture, here, recently. In his lecture entitle “Enviromental sustainability and the role of communication,” he slammed the practice of greenwash by corporate businesses where they engage public relations officers to disseminate false environmentally friendly image rather than really spending resources to tackle the environmental issues.

 

“Greenwash communicators spend more time and money into voting being green rather than actually spending resources in environmental friendly practices. Greenwash is sometimes used to distract stake holders from negative practices of the company business,” he said. He urged the communication students who are future public relations officers to avoid the greenwash practice.“Please do not engage in greenwash. It damages the trust of stake holders, the reputation of the company you represent, and it also damages your reputation as an ethical professional,” he said to about 150 communication students who attend the lecture.

 

Tan Sri Leo who is also the Chairman of Tenaga Nasional Berhad (TNB) said that eco-initiatives taken by businesses were not communicated well to the public which resulted in failure to engage the public to participate in the initiative. “These messages should be simple, logical, straight forward manner, relevant to the audience, accurate, easy to understand and creatively package,” he said.

 

He commended the UUM efforts in communicating the environmentally friendly policy through its “University in the rainforest” tagline. He also touched on several efforts by the government and corporate sector towards environment sustainability, stressing that it must be a cumulative efforts. The lecture were not only pull the crowd from UUM, but also attended by 30 academic staffs and students from ASEAN countries including Thailand, Cambodia, and Indonesia who attended the ASEAN University Conference on Public Relations (APRC), also held here.

 

End.

Thank you.

 

==========================================================

SCHOOL OF MULTIMEDIA TECHNOLOGY & COMMUNICATION (SMMTC)

UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tel: 04-928 5801/5809/5811

Fax: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest