Bengkel Aplikasi OBE

Last Updated: 12 February 2014      [download this article]

                           smmtcLogo   30TahunUUM  

                                                                                                       bengkel-OBE-Feb2014 
 
 
SMMTC ONLINE: Pada 4 Februari 2014 (Selasa), Bengkel Aplikasi OBE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SMMTC yang dihadiri oleh staf akademik Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC). Bengkel yang dijalankan bermula jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang itu dikendalikan oleh Dr. Mohd. Khairie Ahmad dan Dr. Juliana Aida Abu Bakar selaku fasilitator bengkel.


Objektif bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan lagi kefahaman serta kaedah aplikasi OBE dan mendedahkan kaedah penyelarasan (mapping) hasil pembelajaran kursus (CLO) dan hasil pembelajaran program (PLO) bagi tujuan pelaporan pencapaian pelajar mengikut tahap kemahiran yang ditetapkan.

Tamat.
 
=============================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

Syarahan Profesor Adjung Datuk Mior Kamarulbaid

Last Updated: 9 December 2013      [download this article]

                           smmtcLogo   30TahunUUM  

                                                                                                       syarahanDatukMior 
 
 
SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dengan kerjasama Kelab PERMEDIA telah menganjurkan Syarahan Profesor Adjung oleh Datuk Mior Kamarulbaid bin Mior Shahid pada 4 Disember 2013 yang lalu di Dewan Seminar SMMTC.
 
Syarahan yang bertajuk “Konsep & Cabaran Penyatupaduan Nasional: Perspektif Media” ini mendapat sambutan yang memberansangkan dengan kehadiran staf dan pelajar seramai lebih kurang 230 orang. Melalui Syarahan Profesor Adjung ini, Datuk Mior Kamarulbaid dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau dengan staf dan pelajar berkaitan perkembangan terkini dan peluang mahasiswa dan mahasiswi dalam industri media. Selain itu, syarahan ini juga membolehkan warga UUM mengetahui peranan dan penglibatan pihak media dalam usaha menyatupadukan bangsa Malaysia.

Tamat.
 
=============================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

Tahniah dan Selamat Bergraduasi Pelajar SMMTC!

     Last Updated: 2 December 2013      [download this article]

                           smmtcLogo   30TahunUUM  

                                                                                                  SmmtcGrads-Dec2013 
 
 
SMMTC ONLINE: Seramai lebih kurang 300 graduan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) yang menerima ijazah sarjana dan sarjana muda pada sesi pertama dan sesi keempat istiadat Konvokesyen ke-26 Universiti Utara Malaysia yang berlangsung pada 30 November hingga 3 Disember 2013.
 
Dekan SMMTC, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin mengucapkan tahniah kepada semua graduan SMMTC yang terdiri dari program Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian). Turut bergraduasi pada sesi keempat hari ini ialah Yusanani Yushak, Zehra Zambri, Sheila Abdul, Emelda Rosmila, Rozaidi Jamil (Zed Ziadi), Syamsul Hirdy (Diddy AF) serta beberapa lagi pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian).

Salah seorang pelajar Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) iaitu Yusanani Yushak telah menerima Anugerah Pelajaran Di Raja. Selain itu, tiga orang pelajar SMMTC iaitu Nur Ayuni Azizan, Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Neemit Klinthong Chon, Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) dan Nor Radhiah Borhan, Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) turut menerima Pingat Emas Naib Canselor.

Majlis penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Allahyarham Asisten Superitendan, Zulkifli Mamat yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah diterima oleh isterinya, Noraziah Nor, semalam.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua graduan.

Tamat.
 
=============================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

Majlis Pelancaran Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (Kepujian)

Majlis Pelancaran Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (Kepujian) bakal dilancarkan oleh Y.Berhormat Menteri Pendidikan II Dato' Seri Idris Jusoh dan Sambutan Aidilfitri Bersama Penggiat Industri Kreatif Negara pada 20 Ogos 2013 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Tarikh : 20 Ogos 2013
Tempat : Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur


 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest