Pembangunan komik pendidikan sebagai solusi kepada stigma sosial pembaca malaysia: isu, elemen dan implikasi

Azman, Farah Nadia; Zaibon, Syamsul Bahrin; Shiratuddin, Norshuhada
Abstract:
Sebagai warisan seni tanah air yang tidak ternilai, sebilangan besar pelan tindakan bagi mengangkat martabat komik di Malaysia telah direalisasikan oleh pelbagai pihak. Namun begitu, masih wujud stigma negatif terhadap komik di kalangan masyarakat. Bagi menyokong usaha pembangunan komik pendidikan sebagai salah satu solusi memantapkan sokongan umum terhadap media visual ini, artikel ini mengkaji elemen utama dalam komik pendidikan yang disenaraikan mengikut kategori berbeza. Ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana unsur pendidikan diintegrasikan dalam komik. Hasil kajian didapati selari dengan dua klafikasi umum komik instructional yang dinyatakan oleh pelopor seni komik antarabangsa, Will Eisner iaitu komik pendidikan dengan kandungan bersifat fakta dan kandungan untuk pembentukan sikap. Analisa juga merumuskan bahawa komik pendidikan berpotensi menjadi medium pilihan primer di kalangan kanak-kanak dan remaja kerana kandungannya memenuhi perkembangan intelektual dan kehendak emosi golongan tersebut. Artikel ini turut mengupas kepentingan menjalankan penyelidikan lanjutan bagi memantau sejauh mana komik pendidikan diterima pembaca dengan kerjasama warga industri komik negara.
Research areas:
Year:
2015
Type of Publication:
Article
Keywords:
Komik; Warisan; Komunikasi visual; Media pendidikan; Stigma sosial
Journal:
International Journal of Creative Future and Heritage
Volume:
3
Number:
2
Pages:
85-98
Month:
December
Hits: 44

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest