"Youtube" dan generasi muda Islam: Satu pendekatan kelompok fokus dalam kalangan pelajar universiti

Aripin, Norizah; Ismail, Adibah; Ishak, Mohd Sobhi; Rahman, Nik Adzrieman Abdul; Madon, Mot; Rahman, Mohd Nizho Abdul; Mustaffa, Mohd Faisal
Abstract:
?YouTube? merupakan laman web paling popular dan meluas penggunaannya yang memberi ruang kepada pengguna memuat naik pelbagai jenis video.Kini, pelbagai video berkonsepkan maklumat berkaitan Islam telah disebar luas dalam ?YouTube? berdasarkan sambutan dan trend kehidupan masyarakat moden dewasa ini terutama generasi muda.Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti jenis maklumat keagamaan yang dilayari dalam ?YouTube?.Metodologi kajian ini menggunakan metodologi kualitatif.Pendekatan yang digunakan adalah temubual kumpulan fokus terhadap empat kumpulan yang terdiri daripada 31 pelajar Universiti Utara Malaysia beretnik Melayu dan beragama Islam serta mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan agama.Soalan yang dikemukakan kepada pelajar berbentuk soalan terbuka dan analisis kajian ini menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa lapan informan sesi 1 melayari ?YouTube? maklumat agama Islam berkaitan hukum-hukum dalam Islam, ceramah, tokoh-tokoh Islam, isu-isu semasa, solat dan tanda-tanda kiamat. Empat informan sesi 2 melayari ?YouTube? berkaitan maklumat ceramah, zikir dan solat. Informan sesi 3 pula selalu melayari ?YouTube? berkaitan sejarah Islam termasuk kisah-kisah nabi, isu-isu semasa, hukum-hukum dalam Islam, ceramah dan soal jawab agama di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid dan kartun berunsurkan Islamik. Tujuh informan sesi 4 melayari ?YouTube? berkaitan maklumat hukum-hukum dalam islam, tajwid al-quran, motivasi, ceramah, isu-su semasa, ilmu perbandingan agama, zikir, di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid berunsurkan Islamik.Berdasarkan hasil kajian ini didapati bahawa maklumat berbentuk pendidikan dan hiburan merupakan jenis maklumat ?YouTube? yang dilayari oleh generasi muda Islam.
Research areas:
Year:
2015
Type of Publication:
In Proceedings
Keywords:
YouTube; Jenis Maklumat Keagamaan dan Generasi Muda
Book title:
International Conference on Media & Communication (MENTION2015)
Pages:
1-17
Month:
October
Note:
ISBN 978-983-2795-32-2
Hits: 29

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footer latest