UUM Sintok 6 Mac 2022 – Bersempena dengan lawatan Dr Mark Balnaves dari School of Arts and Social Sciences Monash University Malaysia ke SCIMPA, satu webinar berkaitan dengan pekerja-pekerja dalam industri kreatif telah dilaksanakan. Dr Mark merupakan seorang pakar dalam bidang industri kreatif dan sudah menjalankan banyak penyelidikan berkaitan dengan keupayaan industri kreatif dalam memaju perkembangan ekonomi. Sesi webinar ini dipengerusikan oleh Dr Azmeer yang juga merupakan pakar dalam bidang muzik dari SCIMPA. Perbincangan yang menarik ini telah mengupas beberapa isu berkaitan dengan pekerja-pekerja dalam industri kreatif, hala tuju, situasi semasa pekerja-pekerja industri kreatif, dan bagaimana industri kreatif boleh menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Sesi webinar yang berlangsung selama satu jam lebih ini telah menarik minat para pelajar dan juga dikalangan staff UUM.
Hasil dari lawatan ini, perkongsian dan perbincangan mengenai peluang untuk berkolaborasi diantara SCIMPA UUM dan Monash Universtiy Malaysia juga telah berlangsung. Hasil dari lawatan ini, Dr Mark begitu kagum dan tertarik dengan kemudahan serta kepakaran yang ada dikalangan staff SCIMPA yang mana boleh juga membantu Monash University dalam bidang industri kreatif.