“NON FUNGIBLE TOKENS (NFT): PELUANG DAN CABARAN MASA HADAPAN DALAM INDUSTRI KREATIF”

UUM Sintok 5 Julai 2022 – Non Fungible Tokens (NFT) adalah merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dewasa ini. Perkataan NFT menjadi sebutan ramai terutama di Malaysia dan luar negara. NFT adalah sangat unik kerana NFT bukanlah satu digital currency tetapi ia adalah cryptographic asset dalam blockchain yang mana mempunyai identiti kod dan metadata yang tersendiri. Pada waktu sekarang, dunia NFT lebih kepada barang koleksi yang rare selain daripada sport cards dan hasil karya digital lebih kepada hasil karya kreatif. Menyedari tentang kepentingan NFT ini dalam bidang industri kreatif, Institut Pengurusan Industri Kreatif dan Budaya Lestari (ICIMSC) telah menganjurkan webinar yang bertajuk “Non Fungible Tokens (NFT): Peluang dan Cabaran Masa Hadapan Dalam lndustri Kreatif”. Seorang pakar dari UPSI iaitu Dr Hafizul Fahri bin Hanafi telah dijemput. Beliau adalah merupakan seorang NFT Trainier. Sesi webinar ini dipengerusikan oleh PM Dr Ruzinoor yang juga merupakan Pengarah ICIMSC. Webinar yang berlangsung selama lebih satu jam ini telah memberikan pendedahan tentang ilmu NFT dan bagaimana peserta terutamanya dalam bidang industri kreatif dapat mengambil peluang untuk menghasilkan NFT sendiri dan menjualnya dalam talian dengan menggunakan matawang kripto. Banyak peluang dan cabaran yang boleh diambil hasil dari perkembangan teknologi ini. Sesi webinar yang berlangsung selama satu jam lebih ini telah menarik minat para pelajar, staff UUM dan juga peserta dari luar UUM seperti Politeknik dan UiTM.

Hasil dari webinar ini, satu webinar siri 2 akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mendedahkan para peserta dengan lebih lanjut secara praktikal bagaimana untuk terlibat dalam menghasilkan sendiri NFT dan membuat transaksi dalam dunia kripto.