UUM Sintok 29 Jun 2022 - Pelbagai faedah yang akan diperoleh sekiranya pelajar menguasai pengetahuan dan personaliti artisitik yang tinggi. Dengan gabungan keupayaan kedua pancaindera ini dan menfokuskan dengan lebih mendalam dapat menyumbang kepada pembangunan keupayaan akal seorang genius. Ditambah dengan kewudujan teknologi sekarang dapat melonjakkan lagi komoditi nilai pengetahuan kreatif dalam diri pelajar.
Perkongsian ini disampaikan oleh Rafiq Sharman, Pengarah Urusan Raxbit Smart Solution, melalui Career Talk “Games: How to Create a Genius?”, di bawah kelolaan Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) sempena Festival Apresiasi Seni (FEAS 2022). Usaha perkongsian ini dilaksanakan untuk menggalakkan penceburan pelajar dalam penggabungan pengetahuan dan teknologi maklumat dalam setiap industri ekonomi dalam negara secara kreatif. Setiap pihak seharusnya bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam memanfaatkan pengetahuan dan teknologi dalam setiap segi kehidupan mahupun pekerjaan khususnya dalam pembangunan konten digital.
Jelasnya, salah satu cara rangsangan menjadi genius dalam konten kreatif permainan digital adalah melatih otak dengan perkara yang boleh meningkatkan daya kreatif seseorang sebagi contoh berbual dengan individu yang hebat dan meneroka teori yang membuka ruang pemikiran di luar kotak daripada permainan aras tinggi.
Menurutnya, ianya mampu dalam memacu individu ke arah kemajuan dan progesif yang berkekalan di samping mengutamakan perkembangan pengetahuan, teknologi dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Sekaligus, menjadikan Malaysia sejajar dengan negara-negara maju dari negara luar.