5 Jun 2024: SCIMPA menyantuni pegawai-pegawai kanan dari Petronas Chemical Fertilizer Kedah ke sesi lawatan tapak di Kg Lebai Saman pusat kraft Cyntok Bhatik. Kunjungan ini bertujuan bagi melihat perkembangan projek komuniti yang diusahakan oleh Pn Rosna bersama suaminya yang diodealisasikan oleh SCIMPA sendiri.
Semoga kunjungan ini boleh menjadi inspirasi kepada pihak Petronas dalam usaha untuk membantu golongan B40 di komuniti sekitar Kedah.
Wakil SCIMPA diketuai oleh Prof. Madya Dr Syamsul Bahrin Zaibon dan dibantu oleh Dr Adzira Husain, Dr Hanis Salwani Othman, dan En M Shahadat bagi menerabgkan lebih lanjut berkenaan projek Cyntok Bhatik di komuniti ini yang telah diusahakan sejak 2019 oleh Ketua Penyelidik Prof Madya Ts Dr Adzrool Idzwan Ismail yang juga Dekan SCIMPA.
Semoga usaha ini mendapat manfaat kepada golongan yang memerlukan terutamanya golongan wanita B40, ibu tunggal dan asnaf.
Turu hadir adalah peserta-peserta projek yang turut meraikan kehadiran tetamu dari Petronas Gurun Kedah.