Pertemuan Bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa

Pertemuan Bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa

15 April 2024: Pertemuan Yang Bermakna

Satu pertemuan telah diadakan oleh Pengurusan Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan SCIMPA ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

Pertemuan bersama Yang Berusaha Prof. Dr. Mohd Azizuddin bin Mohd Sani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) telah memberikan ransangan dan impak positif kepada pembangunan, hala tuju dan matlamat Pusat Pengajian SCIMPA bagi tahun 2024 dan masa akan datang.

Hasil pembentangan dan perbincangan yang telah dilakukan, dilihat mampu memberikan peluang dan ruang yang baik kepada pentadbiran dan kecemerlangan Pusat Pengajian SCIMPA dalam menyebar luaskan semangat kreativiti dan inovatif.

Dekan Pusat Pengajian, Yang Berusaha Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan bin Ismail juga telah membentangkan pencapaian 100 hari Pengurusan SCIMPA dan pelaksanaan agenda terbesar pengurusan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk tahun 2024 dan seterusnya.

Usaha ini diuruskan dan dilaksanakan oleh kumpulan Pengurusan SCIMPA yang mempunyai tujuan, semangat dan kebersamaan yang jitu malah selari dengan hasrat UUM.

Dalam kesempatan itu juga, pengurusan pusat pengajian turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) disamping mengenakan busana Hari Raya Aidilfitri.