SCIMPA Anugerah Naib Johan Anugerah Kecemerlangan Pelan Strategik UUM 2023

27 Mei 2024: SCIMPA telah dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Kecemerlangan Pelan Strategik UUM 2023. Selain itu, SCIMPA juga telah Merangkul Anugerah Pengurusan Pentadbiran Terungul dan Naib Johan Anugerah Kecemerlangan Kebolehpasaran Graduan.

445512944 1217649876022487 4119799047910718738 n

 

Walaupun sangat teruja dengan anugerah ini, warga SCIMPA sebulat suara menangguhkan sambutan demi menunggu mantan Dekan SCIMPA, PM Dr. Ahmad Hisham untuk sama-sama meraikan kejayaan ini.

 

445222015 1217649719355836 4978949100267843002 n

Pencapaian yang membanggakan, komitmen SCIMPA dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pengajaran, serta menyumbang kepada pembangunan industri kreatif dan seni persembahan sekaligus meneruskan kecemerlangan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka di Malaysia.

 

445492988 1217649652689176 5705436460378484961 n

 

Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan bin Ismail selaku Dekan SCIMPA mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan pengurusan Sesi 2023 dan warga SCIMPA yang lain atas kerja keras bagi mencapai anugerah ini.

Syabbas SCIMPA!