26 JUN 2024-PULAU PINANG- Pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) sekali lagi mengharumkan nama Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila menerima anugerah Emas dalam pameran WOU STEM Innovation Challenge 2024 (ISIC-WOU24) yang dianjurkan oleh Wawasan Open Universiti pada 26 Jun 2024 yang lalu. Pencapaian ini adalah pengiktiran kepada sekumpulan pelajar tahun akhir yang diketuai oleh Yew Wei Xiang yang juga Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) selepas menghasilkan satu inovasi produk aplikasi mudah-alih bertajuk “DIGITAL HERITAGE OF MALAYSIAN TRADITIONAL COSTUME VIA AUGMENTED REALITY”.
Kumpulan projek ini disertai juga oleh Woh Yin Yi dan Ang Shin Yee, kedua-duanya adalah pelajar BCIM dari pusat pengajian SCIMPA serta diselia oleh Prof. Madya Dr. Syamsul Bahrin Zaibon.
ISIC-WOU24 telah menarik 866 kumpulan dan lebih 7,000 peserta dari dalam dan luar negara untuk mendaftar, dan sambutannya sangat menggalakkan.
Majlis anugerah bagi pertandingan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi, YB Tuan Jagdeep Singh Deo Karpal Singh.