Program SULAM "Bakat Bestari" Mendekati Pelajar Sekolah Menengah Kubor Panjang

2 Julai 2024 - Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi membuktikan komitmennya dalam mendidik masyarakat melalui Program Service-Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang dikenali sebagai "Bakat Bestari". Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar kursus SCIM3013 Pengurusan Artis UUM yang di ketuai oleh saudara Wan Ahmad Naim Bin Wan Nordin. dan mensasarkan pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kubor Panjang, Pendang.

GAMBAR_4.jpg

"Bakat Bestari" bertujuan untuk memperkenalkan konsep pengurusan artis kepada generasi muda, memberi pendedahan awal tentang industri kreatif dan pengurusan bakat. Program ini mensasarkan Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kubor Panjang kerana mereka berada pada tahap umur yang ideal untuk mula meneroka minat dan bakat.

GAMBAR_8.jpg

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan bermakna. Antaranya termasuk sesi ‘ice breaking’ untuk mengeratkan hubungan antara fasilitator dan peserta, perkongsian ilmu mengenai pengurusan artis oleh saudari Aina Hazarina Azwa Binti Mohd A'zurin, latihan dalam kumpulan untuk mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh, serta sesi pembentangan oleh para peserta.

Kemuncak program ini ialah sesi wawancara bersama influencer yang terdiri daripada pelajar UUM sendiri, iaitu saudari WanaRazali dan Zalia. Sesi ini dimoderatorkan oleh Saudara Affan, memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan individu yang telah berjaya dalam bidang ini.

 

GAMBAR_3.jpg

 

Dr Adzira Husain, selaku pensyarah subjek berpendapat, Program SULAM "Bakat Bestari" ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar sekolah, tetapi juga memberi peluang kepada mahasiswa UUM untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar. Ia merupakan contoh terbaik bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat lebih lebih lagi Pendang ialah ‘Daerah Angkat’ SCIMPA.

 

GAMBAR_1.jpg

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memberi inspirasi dan panduan kepada lebih ramai belia dalam menceburi bidang pengurusan artis dan industri kreatif.