PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF DAN SENI PERSEMBAHAN (SCIMPA), KELAB ALTITUD MALAYSIA DAN PEJABAT DAERAH KOTA SETAR ANJUR PROGRAM SUSTAINABLE FORESTRY DI KEM PLKN SINTOK

SINTOK 4 JANUARI 2024- Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) dengan kerjasama Kelab Eksplorasi Altitud Malaysia dan Pejabat Daerah Kota Setar bekerjasama dalam menganjurkan program “Sustainable Forestry”.

 

Pokok_5.jpg

 

Kempen penanaman 100 pokok di seluruh Negeri Kedah merupakan acara utama bagi program ini. UUM melalui SCIMPA telah menerima 20 anak pokok yang terdiri daripada Pokok Durian, Pokok Doa dan Pokok Kelapa Mataq yang disumbangkan oleh Kelab Eksplorasi Altitud. Anak-anak pokok ini diserahkan dan akan ditanam di Kem PLKN Sintok.

 

Pokok13.jpg

 

Program “Sustainable Forestry” yang diadakan di UUM ini merupakan kesinambungan pelaksanaan program yang diadakan di Mukim Bukit Pinang pada 3 Januari 2024.

Program simbolik penanaman pokok telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan Ismail, Dekan SCIMPA bersama para pelajar daripada Kelab Industri Kreatif (CIA), kakitangan SCIMPA dan ahli Kelab Eksplorasi Altitud.

Turut hadir dalam program ini adalah En Mohd Amirul Mohd Kassim Penghulu Mukim Bukit Pinang.