Satu seminar bertajuk "Navigating The Creative Industry: Challenges and Opportunities for Artist Managers" telah diadakan pada 11 Jun 2024. Program ini dijalankan bagi memberikan pendedahan mengenai dunia pengurusan artis kepada para pelajar SCIMPA.
Encik Airrol Azman, seorang pengurus artis yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, telah berkongsi pengalaman dan pengetahuannya beliau tentang cabaran serta peluang yang dihadapi oleh pengurus artis di era industri kreatif yang terus berkembang.
Seminar ini akan membincangkan berbagai topik penting, termasuk:
- Perkembangan terkini dalam industri kreatif
- Strategi pengurusan artis yang efektif
- Menghadapi cabaran di era digital
- Memanfaatkan peluang baru dalam industri kreatif
Acara ini terbuka untuk semua pelajar SCIMPA terutamanya yang mengambil kursus SCIM3013 Pengurusan Artis, dan siapa saja yang tertarik dengan dunia pengurusan artis dan industri hiburan.