MISI UUM TAWAN EVEREST BASE CAMP SEMPENA 40 TAHUN BERJAYA DILAKSANAKAN

KATHMANDU, 12 Disember - Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mencatatkan sejarah gemilang apabila ekspedisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-40 universiti tersebut berjaya menawan Everest Base Camp.

 

 

Program bersejarah yang mendapat restu Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah selaku penaung program ini. Kejayaan program ini telah membuktikan kesungguhan warga UUM dalam mencapai ketinggian yang lebih mencabar.

whatsapp-image-2024-12-15-at-14.03.29_e2e8a488.jpg
Kejayaan ini membuktikan semangat kecemerlangan UUM yang sentiasa berusaha mencapai puncak dalam pelbagai bidang, bukan sahaja akademik malah dalam cabaran fizikal yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

whatsapp image 2024 12 24 at 19.15.22 23b5a6e5
Program anjuran bersama Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) dan INASIS PETRONAS ini telah diketuai oleh dua pengarah projek iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan bin Ismail dan Prof. Madya Dr. Massudi bin Mahmuddin.


Kejayaan ekspedisi ini merupakan hasil perancangan rapi dan latihan intensif yang dijalankan oleh jawatankuasa penganjur. Ia turut membuktikan bahawa dengan perancangan teliti dan semangat berpasukan yang tinggi, setiap cabaran mampu ditempuhi dengan jayanya.