UUM Berlayar di Samudera

Oleh: Mej. Ts. Nor Hissam bin Sulaiman
14 JANUARI - Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), telah julung-julung kalinya mengadakan lawatan akademik ke Kapal Diraja (KD) Lekir dan Kapal Diraja (KD) Gagah Samudera dengan jayanya. Ia turut disertai Kelab Kebajikan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), dan Pusat Ko-Kurikulum UUM.

WhatsApp_Image_2025-01-16_at_11.07.30.jpeg

Lawatan ini bertujuan memberi pengalaman kepada warga UUM menaiki kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di samping meneroka peluang kerjasama penyelidikan dan perundingan dalam aspek pertahanan digital berasaskan teknologi Realiti Terimbuh (Augmented Reality), Realiti Lanjutan (Extended Reality), dan animasi.

Menurut Prof Madya Gs Dr Ruzinoor Bin Che Mat, lawatan ini telah berjaya memberi pengalaman baharu kepada mahasiswa- mahasiswa di samping membuka peluang baharu idea kajian teknologi pertahanan negara.

 

WhatsApp_Image_2025-01-16_at_14.37.01.jpeg   

Menurut Penasihat Kelab Kebajikan PALAPES UUM (Welbod) Mej. Ts. Nor Hissam Sulaiman pula, lawatan ini mampu menyuntik semangat patriotik di samping memberi motivasi kerjaya kepada warga kadet PALAPES untuk meneruskan cita-cita menyertai pasukan beruniform setelah ditauliahkan sebagai pegawai kelak.

WhatsApp_Image_2025-01-16_at_14.37.01_1.jpeg

 

Lawatan ini disertai oleh para pensyarah SCIMPA, pegawai tadbir, jurulatih-jurulatih markas dan pegawai-pegawai kadet PALAPES tiga cabang perkhidmatan darat, laut, dan udara.

Keberadaan kapal-kapal perang di Pulau Pinang adalah bersempena latihan ketenteraan bersama France Ship (FS) Forbin, milik Tentera Laut Perancis.