MAJLIS PELANCARAN KEDAI CENDERAHATI CYNTOK BHATIK ATELIER

SINTOK: Cyntok Bhatik adalah produk cenderahati yang menggabungkan unsur-unsur seni, warisan dan budaya tempatan khususnya di Zon Sintok Kedah. Produk ini bertujuan mempromosikan kekayaan budaya tempatan melalui cenderahati yang unik dan bermakna.

Majlis pelancaran ini bertujuan untuk memperkenalkan cenderahati Cyntok Bhatik kepada orang ramai serta memperkukuhkan identiti budaya tempatan. Kedai Cenderahati ini merupakan outlet pertama yang mempromosi dan menjual kesemua produk-produk berjenama Cyntok Bhatik bermula dari beg duit Syiling hingga set pakaian yang bermotifkan pokok ‘Sintok’.

 

 WhatsApp Image 2024 07 17 at 17.12.59

 

9.jpg