Panduan Temuduga
Program Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM)
- 1. Sebelum Temuduga
- 2. Semasa Temuduga
- 3. Selepas Temuduga
- 4. Panduan Penyediaan Video
- 5. Panduan Akademik BCIM Kemasukan 2024/2025
Sebelum Temuduga
Bangunkan video Pengenalan Diri anda (Jika ada & digalakkan). Muat naik video ke dalam saluran Youtube dan dapatkan pautan (link) kepada video tersebut. Sila rujuk panduan penyediaan video yang disediakan.
Sediakan kompilasi portfolio terbaik (seperti lukisan, rekabentuk, video, dan yang berkaitan) dalam format PDF. (Jika ada & digalakkan)
Isi borang kehadiran temuduga di pautan berikut https://bit.ly/BCIM2024A241 dengan disertakan item (1a) dan (1b) (Jika ada & digalakkan) sebelum 20 Mei 2024.
Semasa Temuduga
Aplikasi Zoom perlu di “install” di komputer atau telefon anda.
Cari ruang yang sesuai yang tiada gangguan bunyi serta mempunyai akses Internet yang bagus. Bersedia 5 minit awal daripada masa yang ditetapkan.
Klik pautan (link) Zoom berikut:
Link: https://bit.ly/TEMUDUGA-BCIM-2024
Atau masukkan maklumat berikut:
Meeting ID: 869 7565 1635
Passcode: BCIMBersedia untuk mengetengahkan bakat secara spontan jika diminta berbuat demikian.
Sesi temuduga berlangsung dalam jangkamasa 20 minit.
Selepas Temuduga
- Keputusan temuduga akan dikeluarkan menerusi sistem UPUONLINE.
- Jika tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan pada waktu yang ditetapkan.
- Sila rujuk sistem UPUONLINE atau halaman Facebook BPKP JPT untuk penerangan yang lebih terperinci.
Panduan Penyediaan Video (Digalakkan)
- Video berdurasi tidak lebih dari tiga (3) minit yang disediakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
- Video hendaklah mengandungi:
i. Pengenalan diri dan kekuatan diri,
ii. Sebab memilih program ini
iii. Tunjukkan portfolio bakat yang berkaitan (jika ada) - Muatnaik video ke dalam saluran Youtube dan dapatkan pautan (link) kepada video tersebut.
- Pautan tersebut perlu dihantar bersama borang kehadiran temuduga seperti di perkara (1c).
Panduan Akademik Sesi Kemasukan 2024/2025